18 September 2014

Akak rindu adik :'/

Assalamualaikum,


Post aku malam ni sedih sikit, hmm, mana taknya, aku teringat dekat arwah adik aku. Hmm, Arwah Adik Muhammad Hafiq. Ya Allah, kalau aku rasa perit rindukan dia, apakan lagi mak ayah kandung dia. Aku ni sekadar kakak angkat je pun dah rasa sakit tu. Hmm, tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah.



Aku jadi terkesan lepas tengok blog dia tadi. Hmm, masa dia meninggal pun aku menangis tiga hari berturut-turut. Hmm, masa tu aku kena masuk kolej, pendaftaran semester baru.





Aku boleh pula buka blog dia malam ni, mana tak nya kau sedih bagai. Hmm, Aku baca ayat dia yang terakhir utk aku tu "Adek doakan semoga kakak dapat orang yang lebih baik, sentiasa kuat teruskan kehidupan dan adek sentiasa mahu tengok kakak gembira, sayangg kakak" Ya Allah sedihnya aku bila baca ayat dia tu.



Akak ingat adik sampai bila-bila, In Shaa Allah, akan akak rajin teman adik, bila akak ada masa yg lapang, akak melawat adik dekat kubur ya sayang.




I MISS YOU MY LITTLE BROTHER, AL-FATIHAH.

LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI