11 March 2011

Makna Cinta .

Seringkali berbicara tentang cinta , tapi , engkau tahukah erti cinta ? Engkau tahukah makna cinta ?

Cinta umpama taufan . Datangnya tanpa diundang . Tiupannya mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata . Cinta mampu menukar kebencian dalam sedetik , umpama taufan membawa hujan , menimbus tanah gersang ..
Detik cinta menyentuh.. ibarat taufan ganas melanda . Serangannya tak mampu ditepis . Mangsa yang terjebak pasti keresahan . Seksa menanggung cinta umpama siksa mangsa taufan dan tangisan akibat kegagalan cinta sama seperti tangisan insan yang ranap kediamannya dihempas taufan .

Dan , bagi aku , CINTA cuma susunan lima huruf tanpa makna . Keabadian cinta cuma episod rekaan pelengkap sebuah cerita dongeng . Ungkapan cinta yang indah-indah hanyalah omongan kosong . Mengejar cinta sama seperti mengejar fatamorgana di tanah datar . Sudahnya kau yang kecewa . Acap kali kita dengar , manusia lupa maruah diri dan agama kerana cinta . Kerana kerakusan cintayang tiada mata hatinya , lahirnya 'Anak Haram' yang 'Hina" dan yang terbiar .

Perlukah cinta ? Bermaknakah cinta ? Tetapi , sekali cinta menyapa , hatikan berasa kehadirannya dalam sendirian .


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

No comments: