10 August 2011

Semua yang tutup aurat , kompom masuk syurga ke ?

Assalamualaikum !

Okay , kali ini aku berani meng-discuss hal ini ,hanya sebagai renungan, sayang-sayangku :D Okay ,actually , cerita ini pernah diceritakan oleh seorang blogger . Tapi dia bercerita dalam gambar . (visual communcation gitu )
Okay , budak perempuan seorang yang tak bertudung ini namanya Tini Pinky (bukan nama sebenar). Dan seorang perempuan yang bertudung ini namanya Muslimah (bukan nama sebenar) . Okay , baca perbualan mereka sehingga habis okay ? Terima kasih . =)


Tini Pinky : Semua yang tutup aurat , kompom masuk syurga ke ?


Muslimah : Yang pasti , tak tutup aurat , kompon masuk neraka . :)


Tini Pinky : Hmm , tudung labuh pun macam baik sangat . Buat dosa jugak . Mengumpat otang sana sini ..


Muslimah : Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam , dia menyalahkan perintah Allah itu , kata Iblis "Apahal pulak aku kena sujud , aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung . Tudung pula yang dipersalahkan , "Pakai tudung , tak semestinya baik... bla.... bla.... bla....


Tini Pinky : Macamlah kau tu bagus sangat nak tegur-tegur aku . Entah-entah kau dulu lagi jahat .


Muslimah : Tak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya . Maksudnya , dakwah itu tuntutan . Selagi kau Islam , dakwah itu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul . Sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang .. :)


Tini Pinky : Walaupun kami pakai seksi , tapi hati kami baik !!!


Muslimah : Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci , iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat ?


Tini Pinky : Pakai jarang ke ketat ke , itu hak kami . Kalau tak suka jangan tengok !!


Muslimah : Kau berani jamin ? Bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak ?


Tini Pinky : Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi . Terpulanglah individu yang memandang kami .. So what ??


Muslimah : Seksi atau tidak , kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau . :)


Tini Pinky : Walaupun kami tak bertudung , kami tetap sembahyang dan puasa ..


Muslimah : Apakah ibadat kau diterima ? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga ?


Tini Pinky : Sukahati kamilah nak pakai macam ini . Kami tak susahkan hidup orang lain ...


Muslimah : Kau sebenarnya dah susahkan bapa , abang , adik , suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau ..


Tini Pinky : Apa yang kami pakai , ini antara kami dengan Tuhan !!


Muslimah : Berani cakap di dunia , berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti ? Lawan perintah Allah , Neraka tempatnya ..


Tini Pinky : Bukan kami tak mahu menutup aurat , cuma masih belum sampai seru ..


Muslimah : Mati tidak mengenal usia . Tak takut ke mati dalam usia muda ? Tak sempat nak bertaubat nanti .


Tini Pinky : Takkan nak buat perubahan secara drastik ? Slow-slow laa .....


Muslimah : Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti , "Tunggu kejap ! Lepak la dulu . Jangan ambil nyawa aku .." Boleh ?


Tini Pinky : Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya !!


Muslimah : Kalau begitu , kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam ....


Tini Pinky : . . . . . . . . . . . . . 


Muslimah : Sekadar renungan kita bersama :)



#gambar sekadar hiasan =P


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

8 comments:

encik iqram said...

pandai wawa... :)

Najwaa Malikk said...

@encik iqram : heheh , jiran sape ? haha :P

Awan Ungu said...

insaf... terasa diri serba kekurangan. T_T

cikk gilee DOMO :) said...

renung II kann , dan selamat beramal :)

Najwaa Malikk said...

akak honey roses : yea akak :) <3

Najwaa Malikk said...

Cikk gilee DOMO : yeaa :D

nurul edayu said...

tersentuh baca post nie,

Memori Kekasih said...

Cmk dah pernah bace benda neh sebelum neh...tapi tiap kali ternmpk org post benda ni, Cmk still nak bace dari mule sampai habis...untuk sentiasa muhasabah diri....