02 October 2011

EGO .


aku tahu kau akan stalk blog aku ANSR .
Maafkan aku . Aku bukan untuk kau , dan kau bukan untuk aku .
2 tahun lepas , memang aku tergila-gilakan kau , mungkin pada masa itu aku baru mula nak bercinta .
Sekarang aku dah lain , mungkin sebab aku sudah kenal dunia luar , banyak lagi lelaki yang aku buat kawan , kemudian kau cemburu .
Hati aku berbelah bahagi .
Maafkan aku kalau aku terpaksa buat kau menangis .
Kau menangis bukan maksud aku untuk balas dendam .
Kau menangis sebab hati aku betul-betul tak dapat terima kau .
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sepenuh hati .

Silap kau ,
Kau tak pernah nak percayakan aku .
Kau selalu suka curiga pada aku , seolah-olah aku sering menggatal pada ramai lelaki diluar sana .
Kau suka tanya soalan yang kau tahu aku tak boleh jawab .
Kau beri aku masa yang singkat untuk dapatkan kepastian untuk hati kau .
Kau pentingkan diri sendiri .
Kau terlalu show-off yang kau tu caring dengan aku . Kadang-kadang sampai kau mengungkit . #aku tak suka =_____="

Ingatlah ANSR , kau berubahlah sikit-sikit untuk isteri kau yang akan datang .
Kau jangan cemburu buta lagi .
Jangan kerana EGO kau menyesal .

Yang pasti , kau kena yakin dan pasti , yang aku pernah sayang kau . .
Perpisahan kita ini tiada kaitan dengan mana-mana individu lain .
Aku hanya mahu melegakan hati aku .

Terima kasih kerana memberikan aku sedikit ilmu percintaan .

#Halalkan makan minum aku ya ? Kalau kau nak semula harta kau , text aku .

Ingat lah ,
kesetiaan wanita diuji ketika lelaki itu tidak memiliki APAPUN , dan kesetiaan , lelaki diuji apabila dia memiliki SEGALANYA . .



Kbye .


With a lot of LOVE : , 

LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

6 comments:

Ku Azhar said...

hmm....happy blogging :)

Najwaa Malikk said...

Ku Azhar :) thanks .

Aku Bah Nie Imah said...

suka pada ayat akhir tue...yg berwarna warni..mendalam maksud.....

Najwaa Malikk said...

@Aku Bah Nie lmah : haha , mendalam kan ? :)

Haikal Blank said...

lelaki cenderung untuk memiliki manakala perempuan cenderung untuk dimiliki.

ada betulnya? HEHE

Najwaa Malikk said...

@haikalblank : haha , betul-betul-betul .