14 June 2012

Tahu apa itu sayang?

Assalamualaikum bapak-bapak, ibu-ibu sekalian. 


#Alright, 5 Jun haritu anniversary kiteorg for first month. Err. baru first month dah kecah ek. Haha. sepak sikit. Okay. Aku tak kesah lah pasal jangka masa tu. Tapi yang aku bangga, sampai harini aku dengan cik abang ni, takde gaduh besar. Kalau gaduh pun tak sampai 10 minit. Hee. And yang aku bangga sebab mak abah aku dengan dia pun boleh lepak semeja. Diorang dah boleh terima achik berkawan dengan aku. And achik pun boleh terima family aku dengan terbuka. Err err, semoga berkekalan hubungan dia dgn family aku macamtu. Hee. :3

11 Jun haritu aku text dia. "Awak, saya pergi tengok mak dekat hospital harini. Kalau nak datang tengok mak, datanglah.". Dia just reply " Awak gerak pukul berapa?" Aku pun cakap aku gerak pukul 11 pagi. Then tak sampai setengah jam, dia cakap dia dah sampai. Okay, padahal aku on the way lagi tu. Lepas tu dia text aku, "Awak, saya dah kena balik, ada hal." Aku suruh dia tunggu, then dia cakap dia dah on the way pergi dekat kereta dengan kawan dia. Err, aku cakap Its okay. Next time tengok mak. Then bila aku sampai, dia still tercegat dekat depan wad mak aku. Okayy awak, awak suka kenakan saya. Tengahari tu, dia ajak aku dengan abah makan. Okay, kami pun pergi makan, ingatkan abah yang akan belanja kita semua, tuptup, awak yang belanja. Err, okay. Awak sedang mengurat abah kan? HAHA :P

13 Jun, aku dengan dia memang dah plan nak jumpa sebab nak celebrate monthly anniversary yang first. So, aku datang lambat 2 jam -.-' Errr, serious tak sangka dia yang sampai dulu. Errr. Okay. Present yang aku bagi dia ialah Perfume ED PINAUD LA MATINALE. Pheww. Memang aku nak bagi dia hadiah tu. Hehe. Err, dia terus tanya aku, harga dia berapa? Aku buat muka cemek aku. Damn! Bila mahal aku kena tamplek! HAHA. Dia terus sengihh. Hikss. Malu malu malu!  #Seriously, aku dari kecik tak pernah kedekut kalau setakat beli perfume. Lepastu dia tanya lagi. "Bajet kau beli benda ni berapa?" Aku ketawa je. HAHA.

#Okay, aku tak bagitahu dia langsung pasal bajet or harga perfume tu, tapi korang search lah dekat internet. Hehe. Aku pun guna perfume sama dengan achik. Tapi aku punya kaler pink! ^_^ (Perfume achik aku tak sempat nak shoot gambor dia. HAHA! Tapi yang penting lepasni dating Achik wangi! HAHA) :P


Ni perfume aku.


And ni perfume achik. Hikss :)




Haaa, ni lah yang paling susah aku buat. HAHA :P Takdelah, gunting-gunting kertas je ponggg :P Then pergi kedai print gambar. Aku print gambar kiteorg. Chait. Sweet je kan? HAHA :P 

Then sampai tu aku tunggu kawan aku sekejap. Jumpa arif. Ada hal sikit. Lepas tu aku dengan achik tengok wayang. Tengok cerita Bohsia2. Err, okay, not bad. Memang best. Aku dengan achik tak berhenti ketawa tengok cerita tu. Mana tak. Ada abang zizan si hidung mahal tu. Hehe. Awwhh! Lepas tengok wayang dia ajak makan. Okay, makan dekat hardrock. Okay, dia macam biasalah, makan ikan keli favourite dia. Haha, tak sangka kan favourite kiteorg sama. Lagi-lagi family aku jawa. Kalau mak aku masak ikan keli, aku cerita dekat dia, mesti dia berangin. HAHA :P  Okay back to top stories. Lepas makan tu, aku dah plan nak terus balik. Okay, dia tahan aku balik. Dia bawak aku pusing-pusing dalam CS tu. Tiba-tiba terjumpa Nik Xiao dengan Ating. Gossip time! HAHA. Around half an hour kiteorang gosssssipp! Baru aku cakap dekat dia, aku nak balik. Tu pun dia tahan lagi. Okayy, aku ikutkan lagi. Aku dah risau bapak aku bising. Then bapak aku call, baru dia kasi aku balik. Lepastu dia hantar aku pergi bus stop. Then, yang tak best,  dia buat muka dia yang mcm tahik lembu bertempek kat tengah jalan. Errr, serious aku tak suka bila dia buat muka macam ni. Kadang-kadang macam comel, kadang kadang mcm nak beri sepakan padu dari kaki kiri dan kanan. Err, aku pujuk-pujuk dia. Gitu-gini gitu-gini. Dia cakap Okay. Dia kasi aku balik, tapi muka dia still macam SHREK tengah tahan berak. Ah, aku terus pergi sebab aku fikir nanti mak abah aku risau.

#Sayang, kau kena faham. Rumah aku jauh dari Bandar tu. And kau kena faham macam mana keluarga aku jaga aku. Aku ni kalau boleh keluar pergi bandar, sampai bandar 10 saat, kena balik rumah semula. >.< 

Lepastu nak balik tu pun ada cerita lagi! Aku balik pukul 7.30 gitu lah. Then sampai angsana pukul 8. Aku tunggu bas ke Gelang Patah pulak. Gila bapak kerasss bontot aku weiiii!! Pukul 9 tu achik dah call aku. Dia suruh aku patah balik ke Bandar. Sebab dia nak hantar aku balik rumah. And aku rasa baik tak payah. Mesti nanti mak abah aku nanti makin tak suka dia. Aku pertahankan stay angsana tu sorang-sorang. Aku tak text sape2. Aku tunggu bas. Sampai lah pukul 9.30. Yeayy. Bas ke Gelang Patah ada. Aku terus balik. Sampai Gelang Patah pun jadi cerita jugak. Abang driver bas mengurat aku. Damn! -_-' HAHA. Lepastu aku call abah aku. Aku pujuk dia suruh ambil aku dekat Bus stop Gelang Patah tu. And finally, Im Always LOVE YOU ABAH! :') 

#Kesimpulan dari semua cerita aku ni ialah. sayangi keluarga terlebih dahulu daripada kekasih. Ya sehingga harini, apapun masalah aku dengan achik, aku shared dengan parent aku. And parent aku selalu nasihatkan aku mana yang baik dan mana yang buruk. And seriously, aku selalu appreciate apa yang keluarga aku buat untuk aku. :) And apa pun keaadannya, dahulukan mana yang penting. Renung-renungkan dan selamat beramal! HEHE!


#Toink toink. Aku tetap akan selitkan gambar aku yang comel ni. HAHA. Kbye :P



LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

No comments: