25 June 2011

Cinta Amerika #Episode 2 .


Mrul mendengar namanya diseru-seru rakan aku , aku sudah menjadi tidak keruan , hendak meletakkan muka yang sedang merah padam ini dimana . Aku nampak ekspresi muka dia yang sedang ketawa . Jadinya aku menyangka dia akan tersipu malu juga . Hmm , rupanya aku dimalukan sekali lagi , kawan-kawan dia pula yang ketawakan aku . Aku bagaikan mahu menangis . Rupanya aku bertepuk sebelah tangan . Aku jadi malu apabila bertembung dengan mereka di sekolah . Aku tidak keluar pergi ke taman permainan lagi selepas kejadian itu . Aku tak mahu bersua muka dengannya lagi .

Tiba-tiba , pada suatu petang setelah pulang dari sekolah , abang aku bagi aku sekeping surat yang sudah renyuk dan banyak tulisan yang kabur dan tak boleh dibaca lagi . Aku membelek-belek kertas itu sehingga ternampak nombor telefon . Aku bergegas ke bilik abang aku .

Aku : Nombor apa ni abang Ijat ?
Abang Ijat : Tu nombor budak tu .
Aku : Nombor siapaaa ???
Abang Ijat : Budak yang bengangkan kau kat taman permainan aritu .
Aku : Hmmm , Ohh , Okayy . #(Menunjukkan memek muka tersengih)
Abang Ijat : Suka la kau ehh dik !
Aku : Mana kau dapat ni bang ?
Abang Ijat : Tah lah , aku dgn dia kan sama-sama tingkatan atas , dia datang masuk kelas aku , bagi aku kertas tu , aku ngarok kejap tadi dekat dia , dia kata dia mintak maaf sebab buat kau malu aritu .
Aku : Oh yeke , hmm , takpalah , aku simpan number ni jela . #(sambil tersengih tak ikhlas)

Aku kembali ke bilik . Seribu satu persoalan yang datang . Aku tertanya-tanya . Apa maksud dia buat macam ni dekat aku . Dia mahu aku buat apa dengan nombor itu ? Jadinya , aku simpan nombor itu di laci almari aku . Aku tak buat apa-apa dengan kertas itu .

Hari seterusnya , kawan-kawan Mrul datang kepada aku . Mereka beri aku bungkusan yang elok bewarna kuning air . Aku disuruh buka di rumah . Aku turuti kata mereka . Apabila sampai di rumah , aku lantas membuka bungkusan itu . Aku tersenyum dan mengalirkan air mata tanda aku terharu . Di dalam bungkusan itu penuh dengan origami burung yang berwarna-warni . Di setiap origami itu tertulis , I'm sorry , I'm falling in you . Aku tersenyum dan ketawa seorang diri . =)

Pada esoknya , aku pergi ke taman permainan , di situ terdapat kerusi kayu yang sudah usang , aku duduk dan menunggu Mrul bermain Skateboard . Aku menanti dengan penuh sabar , aku hanya nampak dua, tiga orang kelibat rakannya sahaja . Kemana dia ? Lalu aku beranikan diri datang ke kelompok anak-anak Skateboard itu .

Aku : Hafiz , mana Mrul ?
Hafiz : Eh kau ni , tetiba aje . Dah buka bungkusan tu ?
Aku : Dah , aku suka tengok origami tu =)
Hafiz : Dia balik Amerika kejap , abang dia sakit .
Aku : Lama ke ? Hmm , susah la aku nak tahu khabar dia nanti . =(
Hafiz : Aik , kau tak ada baca apa-apa kat kulit bungkusan tu ke ?
Aku : Dia tulis apa ???
Hafiz : Cuai lah kau ni budak . Kau balik , kau baca lahh . Heish !
Aku : Okay, okay =)

Aku balik gegas aku mencari sampul bungkusan itu ......



bersambung ......

kisah sebelumnya :  Cinta Amerika #Episode 1 .

LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

2 comments:

Nor Izzati said...

Ranggak kn?HEHE..
rndu kt die ke?

Najwaa Malikk said...

Atie : taklah , ni citer rekaan jela :D