26 June 2011

Cinta Amerika #Episode 3 .

Setelah sampai dirumah , aku ke bilik , mencari sampul hadiah itu semula , hati aku berdegup kuat , dahi aku sudah direnjis-renjis peluh resah . Aku korek tong sampah di bilik aku , tapi malang , aku mencari tapi tiada hasil , rupanya mak sudah buang semua sampah yang ada di tong sampah di bilik aku . Jadi , aku merelakan kejadian itu sambil menangis lagi . Tiba-tiba aku teringat nombor telefon yang aku simpan di dalam laci almari aku , aku mencari kertas yang tertulis nombor telefonnya . Aku lantas mengambil telefon bimbit aku dan aku menaip nombor yang tertulis di kertas itu .

Aku terus menekan nombor dengan hati yang berdebar-debar dan menggigil , dan aku terus menekan butang hijau , panggilan disambung ,

Aku : Hello , Assalamualaikum ,
Dia : Ya , Hello , Waalaikumusalam . Who are you ?
Aku : Its me , Najwa . Do you still remember me ?
Dia : Hey awak . Ingatkan siapa tadi . Hmm .
Aku : Yea , awak balik Boston ke ?
Dia : Err , eh awak , jangan call saya lama-lama sangatlah .
Aku : Errr , awak , apa maksud awak bagi saya origami ni , then awak ada tulis something kat sampul hadiah tu ? Awak tulis apa ? Maaflah , saya tak tahu yang awak tulis something kat sebelah dalam sampul hadiah tu . Mak dah buang sampul hadiah tu .
Dia : Hmm , awak tak baca lagi ?
Aku : Belum , awak tulis apa ?
Dia : Takpalah , I will tell you next time. By the way , maafkan salah saya selama ni .
Aku : Hmm , Err , takpalah awak , saya dah maafkan dah .
Dia : Okay , now , awak off call okay ? Habis kredit awak nanti .
Aku : Oh , okay . Bye . Salam .

Aku terus tutup talian . Err , kredit aku taklah banyak sangat kurangnya . Aku pun tersengih , murah juga call dia jauh-jauh . Kenapa dia suruh aku off call sangat tadi ? Aku tak kisah , asalkan aku dah dengar suara dia tadi . Aku tersenyum lebar . =)

Keesokkan harinya , di sekolah aku bagaikan gadis yang paling bahagia . Setiap orang pasti akan mendapatkan senyuman dari aku . Balik dari sekolah , aku dapat SMS dari dia , dia menyatakan dia akan setia telefon aku setiap hari pada pukul 4 petang dan 10 malam . Aku tidak yakin dengan janjinya , jadi aku menunggu dia membuktikannya saja . Dia sememangnya membuktikan kepada aku yang dia menunaikan janjinya .

Selepas 3 hari kami tidak berenggang dari tahu khabar masing-masing melalui telifon , dia beritahu aku yang dia akan pulang minggu hadapan , aku sangat gembira mengetahui khabar itu . Dia menjanjikan makan malam berdua bersama aku apabila dia pulang ke Malaysia . Aku tidak sabar menunggu dia pulang ke Malaysia .

Hari yang dinanti sudah tiba , aku menunggu dia halaman rumahnya .....

bersambung ....

Kisah sebelumnya :


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

No comments: