28 June 2011

Cinta Amerika #Episode 4 .

Seperti yang dirancang , aku menunggu Mrul di halaman rumahnya sehingga Mrul tiba . Lebih 1 jam aku menunggu dia . Tiba-tiba aku menerima pesanan pendek darinya . 

"Sayang , jangan tunggu saya depan rumah , nanti saya datang rumah awak ya sayang , saya ada hal sikit . :)
with my love : Rangga  "

Aku pun hampa kejap , reply SMS dari dia ,

"Alaa , hmm , okay awak , saya balik sekarang :) Jaga diri okay ?
with my love : Cinta  "

Setelah sampai di rumah , abang ijat beritahu aku , malam itu akan diadakan makan malam bersama keluarga besar di Hotel Thistle . Aku hanya menurut perintah . Malam itu aku bersiap dengan perasaan penuh hampa . Aku terfikir , jangan-jangan Mrul akan ke rumah aku malam ini . Aku tanya babah

Aku : Babah , boleh tak kalau wawa tak ikut ?
Babah : Kenapa tak mahu ikut ? Penting tau majlis ni . Kau harus ikut .
Aku : Baiklah abah . #(sambil menundukkan muka .)

Aku kembali ke bilik , Aku SMS Mrul , bahawa aku tiada dirumah . Dia tidak membalas pesanan ku itu . Aku menganggap dia tidak ambil kisah kerana terasa hati atas perbuatanku . Aku pun membiarkan perkara itu terjadi . Abang ijat sudah memanggil-manggil namaku agar cepat bersiap . Aku pun turun ke tingkat bawah dan terus ke kereta . Keadaan di dalam kereta sangat bisu . Aku pun mengambil tindakan untuk membuka radio . Tiba-tiba lagu "Ada apa dengan cinta" dimainkan . Aku terus dibawa khayalan . 


Tiba-tiba , TUP ! Babah membuka pintu kereta , aku hanya ketawa kecil , tersipu sendiri dengan khayalan sendiri . Ketika kami dalam perjalanan ke dalam hotel itu , aku terperasan sebuah kereta , yang di dalamnya seperti ada Mrul . Er, dia kah itu ? Atau hanya illusi aku ? Aku mengabaikan perkara itu , kerana aku anggap itu hanya illusi aku . Aku memang rindu kepadanya . Rindu aku padanya sampai aku tersalah panggil orang lain dengan menggunakan namanya .

Di meja makan memanglah ramai , aku sampai tidak mengenali keluarga aku sendiri . Jadi majlis makan besar itu aku kenal satu-per-satu keluarga aku , ada Mrul ? Err , dia ada perkaitan darah dengan aku ke ? Tapi kenapa dia sorang ? Mana ibu , ayah dan abang dia ? Okay , aku ternampak dia , dia tak nampak aku lagi , aku pun berpaling dari dia . 

Dengan harapan dia tidak tahu dengan kehadiran aku . Tiba-tiba abang aku memanggil aku untuk keluar dari dewan besar itu , aku mengikutnya keluar dewan , dalam perjalanan keluar dari dewan itu , aku sendiri tidak faham dan tidak pasti , adakah bunga-bunga di setiap langkah ke pintu besar itu untuk aku ? Atau untuk orang lain ? Atau pun sememangnya sengaja diletakkan ? Setelah sampai di pintu besar itu ada susunan lilin yang tertulis I ♥ U .

Di situ Mrul datang ke arah aku , dan menyanyikan lagu "Tentang seseorang"

( Dia hanya menyanyikan Chorus sahaja .)

Aku hanya ketawa dan ketawa . Hati aku sangat gembira masa itu . Dia mengajak aku duduk di tepi swimming pool itu , aku turuti katanya . Kami duduk berdua dalam keadaan yang begitu damai dan kelam , abang ijat sudah kembali ke dewan . Jadinya kami hanya berdua . Dia memulakan perbualan .

Dia : Awak , saya rindu sangat kat awak masa kat sana tu .
Aku : Hahaha , padan muka kau . #(sambil menjelir lidah )
Dia : Apa lah awak ni , saya serious lah , even awak kecil lagi , saya anggap awak dah pandai menilai orang . Saya minta maaf lagi sekali pasal saya gelakkan awak kat taman permainan tempoh hari .
Aku : Hmm , awak buat macam ni dekat saya selama ni , sebab awak rasa bersalah aja ke ?
Dia : Entahlah , saya sendiri tak pasti . Tapi yang pasti , bila nak tidur , saya teringat reaksi  muka awak masa awak menangis sebab malu hari itu . 
Aku : Hmm . Ohh . #(aku senyum sinis.)

Aku bergegas beredar dari tempat itu . Mrul cuba mmanggil aku , tapi aku tidak ambil endah . Aku yakin , selama ini , dia tak menyayangi aku sepertimana aku menyayangi dia . Dia bertindak sebegitu hanya kerana rasa bersalah yang sedang menguasai dirinya terhadap aku .

Keesokkan harinya , dia datang ke rumah aku ........

bersambung ..


Kisah sebelumnya :


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

No comments: