28 June 2011

Cinta Amerika #Episode 5 .

Mrul mengetuk pintu rumah aku dengan penuh sabar . Aku tak membenarkan sesiapa membuka pintu rumah . Lebih 30 minit dia menunggu pintu dibuka , akhirnya babah yang mengalah , babah tak tahan kerana pintu yang diketuk-ketuk . Lantas babah melihat Mrul , babah bertanya ,

Babah : Siapa awak ni ? Nak cari siapa ?
Mrul : Saya Mrul . Err , Najwa ada tak pakcik ?
Babah : Najwa ada . Tapi kau siapa dengan anak aku ?
Mrul : Saya kawan dia . Errr , pakcik , saya nak jumpa dia boleh tak ?
Babah : Kau tunggu sekejap .

Babah terus memanggil aku di ruang tamu . Aku malas keluar , tapi aku kuatkan diri juga untuk berjumpa Mrul . Di depan pintu itu , Mrul memujuk-mujuk aku supaya yakin dengan perasaannya .

Dia : Awak , dengar ni , saya rasa , saya memang dah yakin , saya suka awak , saya nak awak , saya bukan setakat bersalah aja , tapi saya betul-betul yakin , saya dah betul-betul cintakan awak Najwa .
Aku : . . . . . Awak . . awak betul-betul yakin ke ? Hmm , ni soal hati tau , jangan dibuat main . Kalau dah patah , diri sendiri pun boleh binasa .
Dia : Awak , saya dah yakin . Saya cintakan awak .
Aku : Saya pun #(sambil tersenyum .)

Pada esoknya , kami ke sekolah bersama-sama , Mrul sangat rajin lalu di depan kelas aku . Aku jadi segan dengan rakan-rakan aku  yang sudah tahu hubungan kami . Apabila rehat , kami akan duduk berdua di meja makan .

Dalam diam , Mrul mempunyai peminat di kelasnya sendiri , aku menjadi perhatian di kalangan pelajar . Aku sendiri tidak tahu . Semasa aku sedang makan berdua dengan Mrul di kantin , tiba-tiba Hafiz datang ke arah kami berdua  . Hafiz menceritakan gossip yang terbaru yang sedang hangat dibualkan "Wawa , kau tahu tak , kakak-kakak senior kau cerita kat 1 sekolah agaknya , dia orang cakap , kau nak dapatkan Mrul senang sangat , dia kata kau bagi body kau kat Mrul . Heh , aku tak tahulah macam mana diorang boleh buat cerita macam tu . Setahu aku , aritu aku tercerita kat bella yang Mrul pergi hotel tu untuk jumpa kau je . Tapi aku tak tahu lah sampai macam ni fitnahnya . Heishh , dia dah cerita sampai budak tingkatan atas sial !" . Aku hanya terkedu . Aku tak tahu cara penyelesaiannya . Nama baik aku sudah tercarik-carik . Macam mana kalau cerita ni sampai ke Ibu bapa aku ?

Mrul : Cinta , macam mana ni , kalau saya nak aje cari betina tu , habiskan terus nyawa dia kat depan sekolah tu nanti .
Aku : Awak , sabarlah . Hal ni boleh bincang kann . Sabar okay ??
Hafiz : Eleh kau , cinta pulakkk ... Kau ? Rangga ?? Rilek laa rangga , hal boleh settel laa . Lagipun bukannya cerita ni betul pun . Kan ? Kau boleh saman je mulut budak perempuan tu .
Mrul : Haaa , yelah , yelah . Kau tak payah nak ejek aku rangga la weyh . Cinta aku ni aja boleh panggil aku rangga .
Aku : Hahahaha . #(aku ketawa sambil menepuk bahu Mrul)

Keesokkan harinya cerita kami berdua sudah diketahui oleh pengetua , pengetua ingin mengetahui cerita sebenar dari kami , lalu kami bersemuka , di bilik pengetua sudah ada bella , abang aku dan guru kaunseling .........
bersambung .....


Kisah sebelumnya :


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

2 comments:

Puan tia said...

baca sambil diiringi muzik ni..perghhh layannnnn

Najwaa Malikk said...

Puan tia : heheh , terima kasih :D