29 June 2011

Cinta Amerika #Episode 6 .

Aku merasa cemas ketika hendak melangkah ke bilik itu . Sebelum kami ke bilik pengetua , Mrul ada berpesan kepada aku , 


Dia : Cinta , jangan takut , asalkan awak jujur aja okay ?
Aku : Okay . Err , ada siapa aja ek agaknya kat bilik pengetua tu . Hmm .
Dia : Kalau ada perempuan jalang tu , awak lawan mata dia okay ? Kalau dia nak menafikan lagi , awak berkeras untuk menang okay ? Kita tak boleh kalah , sayang . Kita tak salah langsung . Budak perempuan tu dah jatuhkan maruah awak sayang . Please awak jadi kuat okay ?
Aku : Okay rangga . #(sambil tersenyum)
Dia : Thats my girl #(sambil menggenggam tangan aku untuk memberi semangat)


Situasi di bilik pengetua agak tegang . Kami duduk di ruang kerusi yang kosong . Lalu pengetua memulakan bicara .

Pengetua : Ok , baguslah , semuanya sudah cukup untuk selesaikan masalah ni . Jadi , Najwa , saya nak tanya kamu , betul ke apa yang sedang hangat dikatakan tentang kamu tu ? Saya bukanlah nak menyampuk hal kamu , tapi cerita macam ni pun boleh menjatuhkan air muka sekolah ini .
Aku : Err , Puan , secara jujur saya nak bercerita hal ini kepada puan , 3 malam lepas , memanglah saya dan Mrul ada berjumpa di Hotel Thistle , tapi kami tak buat apa . Cuma berbual berdua . Kami kebetulan berada di situ sebab , malam itu , keluarga besar saya ada buat Majlis Makan Besar . Dan saya berjumpa Mrul sebab dia hendak minta maaf atas kesalahan dia . Itu saja puan ...
Pengetua : Hmm , betul ke ? Awak ada saksi ke ? 
Aku : Kalau puan tak percaya , tanya abang saya . Sebab malam itu , abang saya pun ada ketika saya berdua dengan Mrul .
Abang Ijat : Betul tu puan , bukannya mereka berdua Check-in bilik pun . Tu pun mereka berdua hanya duduk di pinggir swimming pool .
Pengetua : Okay , jadi betullah . Mana keluar cerita yang awak beri maruah awak pada Mrul tu ? Awak tahu siapa yang buat fitnah ni bella ??


Bella terkelu . Dia tidak membalas apa-apa respond . Dia hanya menundukkan mukanya . Tiba-tiba Mrul bangun dari tempat duduk dan dia mengarah Bella supaya berdiri . Bella berdiri dan masih diam . Mrul meninggikan suaranya .


Mrul : Weh kau , apa masalah kau ni ? Aku tahu kau yang buat cerita ni . Kau nak apa dengan Najwa sampai kau burukkan nama dia ? Baik kau cakap , kenapa buat macam ni ? Apa kau nak betina ??!!


Mrul menghayunkan tangannya , dan sudah dihalang oleh abang aku . Pengetua juga melarang . Jika Mrul berkasar , Mrul akan dijatuhkan hukuman . Jadinya pengetua minta Mrul bersabar , dan menyuruh Bella menerangkan perkara sebenar .


Bella : Err , saya mengaku , saya dengar cerita dari Hafiz yang Mrul jumpa Najwa di Hotel Thistle , saya hanya membuat anggapan saja , sebabnya , saya sudah lama menarik perhatian Mrul , tapi tiba-tiba saya tengok , Mrul bercinta dengan Najwa . Saya buat anggapan dan menceritakan pada kawan sekumpulan saya saja . Tapi tak sangka sampai satu sekolah yang tahu . Saya minta maaf ya Najwa .
Aku : Haaa , okay , saya maafkan awak . Tapi , awak rasa , macam mana nak bersihkan nama baik saya semula sekarang ni ?


Bella hanya terdiam , dan memandang muka aku dengan penuh kesal . Hal dibilik pengetua diselesaikan dengan cara baik akhirnya . Aku hanya mengharapkan cerita ini hilang dengan sendirinya . Mulut mereka memang bagaikan internet bergerak . Setelah keluar dari bilik pengetua , kebetulan waktu sekolah sudah habis . Mrul mengajak aku keluar pada petang itu . Aku pun bersetuju untuk keluar berdua dengannya .


Pada petang itu , Mrul mengajak aku ke suatu tempat , aku pernah ke tempat itu semasa aku kecil . Di situ ialah bukit yang ada sepohon pokok yang besar . Di batang pokok besar itu terdapat banyak tulisan nama pasangan kekasih . Aku dan Mrul mengeja satu -persatu nama disitu . Kami membacanya sambil ketawa . Tiba-tiba kami terbaca Amrul ♥ Najwa . Kami terus berpandangan . Dia tersenyum , dan aku terus ketawa . Dan dia terus mendapatkan lengan tangan aku , aku terdiam dan pandang ke wajahnya dengan serius . 

Dia : Cinta , nama kita dah ada . 
Aku : Habis tu , nak tulis juga ke ? Nanti kita keliru . Heheh .
Dia : Kita tulis dua kali , Amrul ♥ Najwa satu , Rangga ♥ Cinta satu . Jadi , kita tahulah itu kita punya .
Aku : Heee , Okay . Jom buat !
Dia : Hahaha , saya tahu awak nak buat juga , sebab tu saya saja bawa dua pisau .
Aku : Ada-ada aja awak ni . 


Kami menghabiskan waktu petang itu bersama menulis nama kami berdua . Aku bahagia menghabiskan masa berdua petang itu bersama dia . Kemudian kami pulang kerumah menunggang basikal . Pada malam itu pula , dia mengajak aku makan bersama . Tetapi aku tolak , kerana mahu menyiapkan tugasan dari guru , jadinya , dia membatalkan makan malam itu untuk menyiapkan tugasan dari guru bersama . Babah membenarkan Mrul masuk kerumah , dan membuat tugasan itu bersama . Sambil buat tugasan , kami mendengar lagu menggunakan MP3 milik Mrul , Mrul sengaja membuka lagu "Suara hati kekasih". Aku memandang wajahnya , dan hanya tersenyum . Kemudian aku tidak ambil endah , dan kembali membuat kerja aku .





Tiba-tiba Mrul memandang wajah aku dengan riak muka yang serius dan menggenggam tangan aku dengan kuat , Mrul sepertinya memberitahu aku sesuatu .....


bersambung .... 

Kisah sebelumnya 


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

2 comments:

hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock said...

cinta amerika cakap melayu ...huhu

Najwaa Malikk said...

Hazlan : hahah , sebab dia anak melayu :D membesar aje kat Amerika tu :)