31 July 2011

Cinta Amerika #Episode 14

3 minggu cuti aku sudah selesai , aku pulang ke Malaysia membawa harapan baru . Tapi masa itu belum cukup untuk aku lupakan semuanya . Aku kembali ke dunia kolej aku . Tetapi perasaan hutang budi kepada Fadzil bertimpa-timpa di hati aku . Aku kikis perasaan itu sehabis baik . Ia mula berkurangan . Aku menjalankan aktiviti seperti biasa di kolej .
                          
1 tahun 6 bulan aku menjalankan kehidupan aku seperti biasa . Dan bagi aku , aku sudah tenang . Kehidupan aku sebagai pelajar kolej juga sudah tamat . Seperti biasa , pada waktu petang , aku akan ke bukit yang ada pohon besar itu .

Pada suatu petang , aku duduk kemas di pohon besar itu . Sambil mendengar semua lagu Soundtrack filem Ada Apa Dengan Cinta . 
Aku bukanlah mengingatkan kembali asmara aku dan Mrul , tetapi aku merindukan semua kenangan kami . Aku memperbaharui nama kami yang semakin pudar dikikis hujan panas . Sedang leka aku mengikis Amrul  Najwa , tiba-tiba ada seorang lelaki si sebelah aku . Aku terkejut dengan kehadiran itu . Lelaki tua itu hanya senyum . Aku cam lelaki tua itu . Tiba-tiba lelaki tua itu memberikan aku sekeping surat . Aku menerima surat itu dengan senyuman juga .

Surat ini daripada Fadzil ,

Assalamualaikum Najwa

Bila awak dapat surat ini , mungkin saya dah tiada . Saya sengaja berikan surat ini kepada pak cik tua itu , hanya dia ajalah saksi cinta saya pada awak . Maafkan saya . Sila habiskan baca surat ini .

Najwa ,
Biar saya terangkan , Mrul sakit . Sebab itu dia tinggalkan awak lama . Dia tak mahu melihat awak menangis . Jadi saya rela menerima tugas dari Mrul untuk menjaga awak di Malaysia kerana saya sangat menyayangi abang saya . Abang saya seringkali mengulangi kata-katanya bahawa dia mencintai awak Najwa . Saya ikhlas menerima tugas ini , tapi , hati saya tersilap langkah . Saya juga cintakan awak . Lalu saya bersaing dengan abang saya . Jadi saya menggunakan jalan kotor untuk mendapatkan awak . Soal malam itu , saya tak buat apa-apa dekat awak . Memang awak sedar dalam keadaan tanpa seurat benang . Tapi , saya sebenarnya mengupah Housekeeping wanita di hotel tu menanggalkan semua alas di tubuh awak itu , ini bermakna , saya tak pernah sentuh awak pun . Maafkan saya Zarith Najwa Binti Abd Malik .

Najwa ,
Setelah awak baca surat ini , awak jangan cari saya . Sebab , saya tiada di alam realiti ini lagi . Saya kemalangan ketika perjalanan ke Amerika . Muka saya cacat , kedua-dua kaki saya di amputasi , saya tak sanggup hidup sebegini , saya tak kuat . Saya tak sanggup hidup tanpa awak Najwa , tapi saya tahu , awak tak akan pilih saya sebagai kekasih halal awak . Dan , saya membuat keputusan untuk menderma jantung saya . Abang lebih saya memerlukan jantung saya . Biarlah jantung saya bersama awak sampai bila-bila . Saya mahu awak jaga abang saya . Dia lebih berhak memiliki awak sayang .

Selamat tinggal sayang .

Bersambung ...

Kisah sebelumnya .




LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

2 comments:

athirah abdul rahim said...

sangat sedih . rasa macam na menangis when reading this episode :'(

Najwaa Malikk said...

@athirah abdul rahim : whoaa :D takmo la nangis2 sgt :)