30 July 2011

Cinta Amerika #Episode 13

Mrul hanya mendiamkan diri . Dia tidak mahu memberikan apa-apa respon . Aku terus pergi dari tempat itu , dengan harapan Mrul akan memanggil aku dan memberikan penjelasan . Tetapi hampa . Bahkan Mrul tidak memandang aku langsung . Aku terus pulang ke rumah . Dan terus berjumpa dengan mak dan abah .

Aku : Mak , abah , wawa nak rehat . Wawa nak bercuti .
Mak : Kau nak kemana , nak ?
Aku : Mana-mana aja . Asalkan jauh dari sini .
Abah : Abah faham perasaan kau Najwa . Hmm , kau bawaklah kereta abah tu . Nanti abah bank in duit . Kau pergi aja mana yang kau nak pergi , nak . Asalkan kau dapat legakan hati kau .
Mak : Ya , mak tak nak tengok anak mak menderita macam ini .
Aku : Terima Kasih mak , Terima Kasih abah . #(sambil memeluk erat mak dan abah .)

Malam itu , aku banyak menghabiskan masa di rumah . Macam-macam laman web penerbangan yang aku layari . Aku mencari syarikat penerbangan yang menawarkan promosi murah untuk ke luar negara . Aku sudah memberitahu abah , aku tak akan menggunakan keretanya . Aku tak mahu sesiapa menjejaki aku .

2 hari kemudian , aku bertolak ke Bali . Aku bercuti selama 3 minggu . Ketika di dalam pesawat , aku banyak berharap supaya masalah aku hilang . Dan aku berharap dapt melupakan semua kejadian ini . Setelah sampai ke Bali , aku rasa diri aku di sini sangat tenang . Tetapi , rindu aku pada Mrul belum lagi terubat . Bagaimana pula cinta Fadzil pada aku ? Aku dalam dilemma . Aku dapat 2 pesanan ringkas dari Mrul , menyatakan maaf . Aku tak ambil endah dengan hal mereka berdua lagi .

Aku sudah yakin dan muktamad dengan keputusan aku . Aku mahu tinggalkan mereka berdua . Aku tak mahu lagi berhubung dengan mereka lagi . Sebelum ke Bali , aku ada meninggalkan surat untuk Mrul dan Fadzil .

Surat ini akan disampaikan oleh Abang ijat untuk Mrul dan Fadzil .


Bersambung ..

Kisah sebelumnya ..


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

No comments: