Tiba-tiba majlis itu jadi terdiam dan tertumpu kepada Abang Ijat . Tok kadi tidak mahu meneruskan upacara itu , kerana bagi beliau , pernikahan ini tidak akan sah jika ada yang tidak setuju . Jadi pernikahan aku dan Fadzil terbatal . Abah dan mak menarik tangan Abang Ijat ke bilik utama . Aku menyusul mereka ke bilik itu .
Abah : Kau ni kenapa ijat ?
Mak : Ijat , kau jangan nak malukan mak abah .
Aku : Abang ijat , kenapa ni ?
Ijat : Adik , kalau kau nak cinta sejati kau , tolong tunggu sekejap dik . Sekejap aja dik . Mak , abah , maafkan ijat , bukan sengaja ijat buat hal ini . Ini untuk kebaikan Najwa juga . Ijat nak tengok adik ijat bahagia aja , bukan nak tengok adik ijat menderita .
Aku terpinga-pinga , menunggu apa yang bakal berlaku selepas ini . Aku membiarkan apapun terjadi dengan hati yang pasrah . Semua tetamu dihidang makan elok dan majlis itu dibubarkan . Abah dan mak meminta maaf kepada semua tetamu , dengan harapan nama baik keluarga kami tak tercemar .
Malam itu , aku menerima pesanan ringkas sekali lagi , menggunakan panggilan Rangga dan Cinta . “Cinta , tolong datang ke bukit yang ada kenangan manis kita ini . Ada sesuatu yang Rangga nak beritahu .” Aku bergegas siap untuk ke tempat itu . Di tempat itu ada seorang lelaki yang sangat aku rindui , aku terkejut melihat Mrul dan disitu juga ada Fadzil . Kenapa ada Fadzil ?
Mrul : Sayang , awak masih ingat saya ?
Aku : Semestinya , awak . Mana awak pergi ?
Mrul : Awak kenal dia ini tak ?? #(Sambil menunjukkan telunjuknya ke Fadzil .)
Aku : Kenal . Kenapa ?
Mrul : Kami adik-beradik . Saya suruh dia jaga awak .
Aku : Dan awak suruh dia kahwin dengan saya ?? Hey kau ! Siapa kau ? Aku tak kenal kau !
Aku pergi dari tempat itu tetapi tangan aku ditarik lembut dan tubuh badan aku terus dipeluk Mrul . Air mata aku mencurah mengalir ke pipi . Aku teresak-esak di dada Mrul . Mrul terus memeluk aku lama . Fadzil hanya menyaksikan kejadian itu . Malam itu perasaan aku sangat terharu , kerana Mrul sudah kembali berada di depan mata aku .
Keesokkan harinya kami bersarapan bertiga di sebuah Hotel . Mrul sengaja menemukan kami lagi .
Mrul : Najwa , saya minta maaf buat macam ini kat awak .
Aku : Err , apa sebenarnya yang awak buat ni ?
Mrul : Saya suruh Fadzil jaga awak kat sini .
Aku terus menarik muka aku , dan memandang tempat lain . Aku terasa diri aku dipermainkan .
Fadzil : Najwa , saya minta maaf . Saya memang jahat . Saya buat abang saya sakit hati . Memang pada mulanya saya jaga awak sebab abang saya yang suruh . Tapi , lepas itu , saya jatuh hati dekat awak . Saya sayang awak Najwa . Dan , sebenarnya , kejadian malam itu , tak pernah berlaku apa-apa dekat awak pun Najwa . Saya tak pernah kotorkan awak .
Aku teruskan mendengar penjelasan mereka sambil menangis teresak-esak .
Aku : Kenapa ? Mrul , kenapa awak pergi macam itu aja ? Tak ada beri saya apa-apa berita pun ? Kenapa buat macam ini ?
Bersambung ...
Kisah sebelumnya :)
TERIMA KASIH DAUN KELADI
No comments:
Post a Comment