Seminggu lagi aku bakal menjadi isteri Fadzil . Aku hanya menyiapkan diri aku untuk berkahwin bersama Fadzil . Pada malam itu , Fadzil datang menemui aku di halaman rumah aku . Kami berborak seperti biasa . Walaupun aku sudah tawar hati kepadanya , aku sudah mencuba untuk menyayanginya semula . Aku tak mahu rumahtangga yang bakal aku bina ini runtuh .
Malam itu , kami banyak mendiamkan diri , tetapi aku yang memulakan perbualan .
Aku : Awak , nak tahu something ?
Fadzil : Ya ?? Apa dia ?
Aku : Saya rasa , saya tak mengandung pun . Haid saya teratur . #(dengan memek muka bingung.)
Fadzil : Oh yeke ? Baguslah . Tak adalah orang pandang serong dengan perkahwinan kita ni nanti .
Aku : Haa , ya . Macam mana pun , semua persiapan dah dijalankan , takkan senang-senang dibatalkan . Kan ?
Fadzil : Ya , tahu pun awak . #(sambil tersenyum)
Hari yang akan mengubah semua cara hidup aku akan tiba . Pernikahan aku bersama Fadzil akan berlangsung tengahari ini . Bertarikh 18 Mei kami akan disahkan sebagai suami isteri . Ketika di bilik sebelum aku bernikah , aku banyak termenung . Aku tidak dapat memberikan fokus . Tiba-tiba aku mendapat 1 pesanan ringkas . “Najwa , kalau awak masih sayang saya , tolong tunggu saya sekejap . Saya pasti akan datang dekat aw,ak . Tunggu saya sekejap aja CINTA . “
Aku terus mengalirkan air mata . Nombor siapa ini ? CINTA ? Mrul kah ini ? Mimpi kah ini ?
Aku dibawa ke ruang tamu . Baju nikah kami yang serba krim . Fadzil segak bergaya mengenakan baju melayu itu . Dan aku pula mengenakan baju kurung juga berwarna krim . Aku gugup menanti untuk dinikahkan . Tok kadi sudah memberikan serba sedikit mukadimah sebelum upacara melafaz nikah dimulakan . Tangan tok kadi dihulur kepada Fadzil dan Fadzil menyambut hulur tangan tok kadi . Tiba-tiba Abang Ijat menjerit tanda tidak setuju aku bernikah dengan Fadzil ...
Bersambung ...
Kisah sebelumnya :
TERIMA KASIH DAUN KELADI
No comments:
Post a Comment