02 July 2011

Cinta Amerika #Episode 8 .

Malam itu aku tidak tenang , aku cuba untuk mendapatkan khabar dari Mrul , tetapi gagal . Keesokan harinya aku ke rumah Mrul , tetapi mereka tiada di rumah . Aku menunggunya dari petang hingga malam setiap kali aku pulang dari sekolah . Tetapi mereka tetap juga belum ada di rumah . Abang Ijat tahu , apabila aku tiada di rumah aku , pasti aku berada di rumah Mrul . Begitu juga hari seterusnya , aku jadi putus asa menunggu Mrul dan ibunya pulang ke rumah . Aku telefon ibunya juga tidak dijawab . Akhirnya aku putus asa .

Seminggu sudah berlalu , aku sudah tidak menunggu di hadapan rumah Mrul lagi . Aku juga sudah tidak tahu kemana keluarga mereka pergi . Aku jadi hilang khabar tentang keberadaan mereka . Selepas 2 minggu aku tidak dapat apa-apa berita tentang mereka , aku memberanikan lagi ke rumah mereka , aku bertanya kepada jiran mereka . Rupa-rupanya keluarga mereka sudah berpindah ke Amerika semula . Katanya ayah Mrul terpaksa berpindah ke sana semula dalam keadaan segera . Aku menangis di hadapan rumah Mrul . Aku buntu , mengapa Mrul sanggup memperlakukan aku sebegini .

Malam itu aku menangisi kejadian itu sepuas-puasnya . Babah memberi nasihat ,

Babah : Najwa , sudahlah itu , jangan bersedih lagi ya sayang . Mungkin mereka tak sempat nak bagitahu kamu aja tu . Bkn sengaja Mrul buat begitu kepada kamu sayang . Jangan menangis lagi ya .
Aku : Bah , wawa kecewa dia buat macam ni kat wawa . Kalau ya pun , kan boleh call , SMS ataupun bagi surat . Ni tidak , pergi tinggalkan wawa macam wawa ini tunggul .
Babah : Sudahlah tu nak , mak dan babah masih ada di sini . Mak dan babah tak mahu tengok Najwa menangis macam ni . #(sambil memeluk aku)

Setiap petang , aku akan ke bukit yang terdapat pokok yang besar itu . Aku menunggu Mrul , tapi tak kunjung tiba . Aku akan teringat kenangan kami di pohon besar itu . Aku seringkali menghabiskan masa seharian di bawah pohon itu . "Tetapi , pada suatu petang itu , Mrul datang ke arah aku dan membawa gitar , sambil tersenyum . Lalu dia duduk di samping aku . Dia mencium dahi aku dan memperelokkan punggungnya di sebelah aku . Lalu dia menyanyikan lagu "Miss You Love ." 


Aku tersenyum , dan menangis . Dan aku menarik tangannya dan meletakkannya rapi di bahu aku . Dan aku memelukkanya dari tepi . Dia hanya tersenyum dan menutur bicara "Najwa , Mrul sayang dekat Najwa sangat . Mrul tak mahu kehilangan Najwa . Mrul setia pada cinta Najwa . Mrul setia pada cinta yang kita bina selama ini , Kasih-sayang yang Mrul berikan pada cinta kita ini benar-benar ikhlas , bukanlah kerana terpaksa , dan bukanlah kerana dasar lain , tetapi hanya kerana CINTA " . Selesai bercakap , Mrul meminta izin pergi , aku memimpin tanganya dan memeluknya kuat . Aku menghalangnya pergi , tetapi Mrul berkata , dia akan pulang suatu hari nanti . Tiba-tiba aku tersentak , rupa-rupanya aku terlelap di bawah pohon besar itu . Dan aku mencari nama kami berdua , dan aku berjanji , bahawa aku akan setia menantinya pulang semula ke pangkuanku . Dalam keadaan bagaimanapun , aku akan menerima Mrul seadanya ...

bersambung ..

Kisah sebelumnya :


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

1 comment:

Sofia Baharuddin said...

wahhh..cerita anda ini cgt2 lahh ringkas..ape2 pown..sye tertarik cgt2..kikiki