04 July 2011

Cinta Amerika #Episode 9 .

Hari demi hari , minggu demi minggu , bulan demi bulan , aku menanti kepulangan Mrul ke sisi aku dengan penuh sabar . Tetapi , hampa , Mrul tidak pulang kepangkuanku jua . Sudah 4 tahun aku ditinggalkan Mrul tanpa mendapatkan khabar . Aku kini sudah ada kehidupan ku sendiri , aku sudah menjalani aktiviti sebagai pelajar kolej , aku sudah dilamar sebagai kekasih oleh seorang lelaki , yang bernama Fadzil , sejujurnya , walaupun aku menjalankan hubungan sebagai kekasihnya , aku tetap tidak dapat melupakan Mrul . Setiap hari aku mencuba untuk menyayangi Fadzil .

Di suatu petang , Fadzil sengaja membawa aku ke tempat yang ada kenangan manis aku bersama Mrul , Tiba-tiba , aku ternampak seorang lelaki yang berpakaian putih kemas . Lelaki itu sudah tua . Hati aku terasa terikat padanya . Aku tidak mengenali wajahnya . Tetapi dia memandang aku dengan ekspresi seperti aku mengenalinya . Aku terasa seperti mahu ke arah lelaki tua itu , tetapi dihalang oleh Fadzil . Jadi aku menurut perintah Fadzil . Pada petang itu , aku hanya memandang tempat itu dengan perasaan hiba . Aku masih mengharapkan Mrul pulang ke pangkuan aku . Tetapi harapan aku itu sepertinya harus dikuburkan saja . Kerana , aku masih tidak dapat apa-apa petanda bahawa Mrul akan pulang kepada aku .

Setiap hari aku akan menghabiskan masa bersama Fadzil . Setiap kali aku habis kelas , Fadzil sudah menunggu aku di depan Kolej . Dia sudah tersenyum dan membukakan pintu kereta untuk aku . Aku membalas senyumannya dan melangkahkan kaki aku masuk ke dalam kereta . Setelah mangambil aku dari kolej , Fadzil akan membawa aku makan dan mengajak aku menonton wayang . Kadang-kala aku terasa segan dengan Fadzil .

Aku : Awak , tolong jangan layan macam ini , please , saya rasa hutang budi sangat-sangat .
Fadzil : Awakkk , tolonglah ,  saya ikhlas dengan awak . Saya nak awak tahu , saya sayang awak . Okay Najwa ?
Aku : Fadzil , saya ada hal nak cakap pada awak , sebenarnya ....
Fadzil : Dah dah dah , saya ikhlas buat macam ni pada awak . Dah , jangan fikir bukan-bukan ya ?
Aku : Okay awak . #(sambil senyum)

Pulang dari kolej , aku ke bilik aku , aku termenung bersendirian . Aku mengambil kotak di atas almari aku , yang isinya penuh dengan kenangan antara aku dan Mrul . Aku jumpa kertas yang pertama kali aku dapat dari dia , selepas aku dimalukan oleh rakan-rakan aku dan rakan-rakannya . Aku memegang origami burung yang penuh dengan tulisan "I'm sorry , I'm falling for you." Aku terjumpa itu semua . Kenapa kau hadir dalam hidup aku Mrul , hanya kerana kau nak menyeksa batin aku sebegini . setiap hari aku menangis kerana kau sayang . Mana kau Mrul ? Mana Rangga aku ? Mana orang yang seringkali memberikan aku lagu-lagu cinta ?
Aku teringat semula lagu pertama yang kau berikan kepada aku . Aku mampu menyanyikan semula lagu itu , aku mampu mengingat semula suara kau , aku mampu mengingat semula cara kau menyampaikan lagu itu kepada aku , AKU RINDUKAN KAU MRUL !


bersambung ....

Kisah sebelumnya ..


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

No comments: