Sudah lama beta tidak betitah di kawasan beta , barangkali sudah banyak sarang SPIDER dan bersawang-sawang mungkinnya . Err ..
Blue dan Biru membawa erti yang sama . Ya , aku suka Biru . Biru memberikan kedamaian . Otak boleh tenang je :) Tapi , ada jugak Blue yang tak elok . Haihh ! =_="
Its enough NAJWA ! Change the topic please ! Aku cerita pasal biru sebab ~
Aku punya anti-body makin lama dah makin LEMAU ! Maybe aku asyik tidur lewat sekarang , maybe aku jarang makan vitamin , mungkin aku jarang makan ubat yang doktor suruh makan , salah satu daripadanya , ubat resdung .
Eh eh , tahu tak , tadikan , siling rumah aku tiba-tiba keluar air . Err , bocor dari tangki . Aduh , aku bergegas tingkat atas , aku ambil kunci pintu , lalu aku terus keluar , dan menutup paip utama di rumah sewa aku ini . Err , habis basah lantai ni .
Malang tak berbau , tadi masa tutup paip tu je , Jari aku dah mampu mengumpul darah beku , dia terus lebam . Hamboi , aku tak suruh ang kluaq pun . Tapi nasib baik aku sayang jari aku ini . Di ibu jari pulak tu =(
Nampak tu ? Biru tahu tak ?
Hai Encik kepala paip , terima kasih kerana memberikan saya MC untuk tidak menjalankan rutin harian saya tanpa Cik Ibu Jari , Saya akan membalut Cik Ibu Jari saya . Kerana saya asyik lupa , yang Cik Ibu Jari sedang sakit :'(
Kbye .
TERIMA KASIH DAUN KELADI
2 comments:
kebiruan ibujari rupanya. untung tak kebiruan di bibir ke, pergh, seram tu bai...haha
:D
smeoga cepat sembuh yek :D
Post a Comment