25 October 2011

Jangan terlalu obses dengan Makhluk Halus .


Makhluk Halus merujuk kepada makhluk yang tidak mempunyai jasad sebagaimana manusia. Makhluk halus diyakini wujud oleh kebanyakan masyarakat di dunia, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat primitif. Kewujudan makhluk halus boleh dikesan dalam cerita-cerita dongeng, kitab agama, dan cerita-cerita lisan. Meskipun demikian, sesetengah pihak mengklasifikasikan jin dan syaitan ke dalam kelompok makhluk halus juga. Terdapat kepercayaan bahawa membakar kemiyan bersama sejenis getah yang diambil daripada pokok Morhabshi mampu menjauhkan atau menghindari makhlus halus.

Dalam masyarakat Melayu-Islam, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran merupakan cara terbaik bagi menghindari makhluk halus ini.
Contoh-contoh Makhluk Halus dalam Alam Melayu adalah seperti berikut:
  1. Malaikat 
  2. Syaitan / Iblis / Setan
  3. Polong
  4. Pocong
  5. Pontianak
  6. Penanggal
  7. Jin Pelesit
  8. Mambang
  9. Hantu
  10. Orang Bunian
  11. Toyol
  12. Haiwan jadian
  13. Jin Ifrit
  14. Jembalang
  15. Binatang Keramat

Okay , mesti korang tertanya-tanya , macam mana rupa Morhabshi kan ? Okay , rupa dia macam nih .

Kegunaanya dalam kebudayaan Melayu ialah ;
Dalam kebudayaan Melayu, bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk halus. Di Malaysia khasiat morhabshi lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India berbanding Melayu. Dalam masyarakat Melayu getah daripada pohon morhabshi ini dikenali sebagai 'kemenyan bunian'.



Okay , sekarang aku terangkan sikit pasal Makhluk halus yang korang tahu , tapi yang korang tak berapa jelas/faham . Kalau nak terangkan satu-satu memang keras lah aku . Hekk :P

Malaikat;
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).


Syaitan ;
Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari AkhiratSyaitan juga yang menyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.

Polong;
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Pocong;
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Pontianak;

Pontianak dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Penanggal;
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.

Toyol;
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu;
Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.

Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka .

Oraitt , macam banyak sangatlah pulak apa yang korang baca ni kan ? Macam seronok je kan ? Hewhewhew .

Okay , now , mari tengok himpunan Makhluk Halus di agak terkenal di dalam kalangan Melayu :



Sh Adnan Kabbani pernah berkata: Saya boleh saja baca Al Quran (ruqyah) kepada pesakit dan jin mungkin keluar, tapi disebabkan kamu obses kpd makhluk itu, akhirnya memberi kekuatan kepadanya untuk masuk balik selepas dua minit saya baca.. kepercayaan kamu kepadanya membuka pintu dan kekuatan kepadanya... (jgn obses jin!)

Jangan terlampau takut, percaya kepada jin-jin tersebut . Kepercayaan kamu menjadi vitamin dan baja utk ia terus subur di dalam tubuhmu !

Ye la , ramai orang yang terlampau obses dgn makhluk halus, sikit-sikit jin, sikit-sikit jin , sakit perut sebab tak makan dikatakan angkara jin , lelah dikatakan jin cekik dan sebagai dengannya . Akidah yang terlampau percaya kepada jin & terikat dgn jin mengundang jin datang menganggu kita 


“Ya Allah Ya tuhan kami, jangan engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan 
sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi engkau , 
kerana sesungguhnya engkaulah Maha Pemberi Kurniaan” (Ali Imran:8).

LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

3 comments:

Miss Eiza said...

oh bnyk info pasal hantu..haha...seronok bace tgh2 malam =)

Najwaa Malikk said...

Eiza : hee , bukan nak buat takut pun , tapi taknak budak2 sekarang obses sgt dgn makhluk halus nih .

:) thanks awk :D

Siddiq Sahajee said...

diorang yang bodohh2 je percaye hantu. Buat ape nak takut, sedangkan kite hanya perlu akut pada yang Esa.