19 December 2011

Smile .





Hai Cinta Lama , 
Aku masih rindukan kau , kau rindukan aku tak ?
Aku masih menjalani hidup aku disarungi cincin ada nama kau , kau takda cincin nama aku kan ?
Aku teringat seluar bunga-bunga kau yang kau pakai depan aku sambil aku tersenyum tu , kau ada teringat tak ?
Aku masih teringat lagu yang kau nyanyikan untuk aku dalam bas tu , kau ada ingat tak ?
Aku masih teringat gambar kita yang sama-sama berjersey Malaysia warna biru tu , kau ada ingat tak ?
Aku masih teringat masa kita di rumah , aku masakkan untuk engkau , kau ingat tak ?
Aku masih teringat masa pagi-pagi aku kejut kau , tarik-tarik ibu jari kaki kau , kau ingat tak ?
Aku masih teringat masa kau sakit perut dari 12 malam hingga 4 pagi dan aku setia menunggu semasa kau sakit tu , kau masih ingat tak ?
Aku masih teringat abang aku dok nasihatkan kau sampai tersentap hati kau , kau mestilah ingat kan ?
Aku masih teringat masa di dalam bas , aku menitiskan air mata untuk kau , tapi kau sedap tidur , (sudah tentu kau tak tahu . hikhik)
Aku masih teringat aku pesan dekat kau , jangan sentuh tangan aku walau sikit pun , tapi aku goyah dengan iman aku sendiri , kita berpimpin tangan jua akhirnya walau tak sampai 10 minit .

#Cinta Lama , aku bukan taknak bertahan dengan setia aku , aku dah fikir masak-masak , sekarang aku harus tumpukan perhatian aku untuk masa depan aku . Sedangkan kau masih nak berseronok dengan hidup kau . Kalaulah kita terus bersama , kesannya nanti masa kahwin , masalah akan lebih complicated . Dan masalah akan terus berkembang . Aku nak masa depan aku baik . Aku nak keturunan aku ikut jejak keluarga aku . Aku bukanlah nak kata kau tak layak dengan hidup aku , tapi , kalau kau dapat mengubah hidup kau , pasti kau boleh ubah masa depan kau juga . Tapi untuk masa sekarang pun kau tak mampu nak ubah lagi . Hmm .


Hai Cinta Baru , 
Aku masih teringat kau mengayat aku dalam skype , kau dekat KFC dengan kakak kau , aku dekat rumah sewa , tengah melukis masa tu . (aku single lagi , sebab tu aku ON je nak webcam dengan kau)
Aku Masih teringat kita buat Fake Relationship di Facebook , dalam masa sebulan , dan dalam masa sebulan tu , macam-macam perasaan aku pada kau , maklum , masa tu hati aku masih kosong . 
Aku masih teringat , kita ON CALL dari malam hingga pagi , sampai telinga aku PANAS !
Aku masih teringat , kau nak cium dahi aku , walau dalam webcam :P (tapi aku takut . sampai kau panggil aku budak takut kena cium .)


# Cinta Baru , aku bukan kata aku tak ingin bersama dengan hidup engkau , tapi , kau sendiri faham kan , yang kita tak pernah berjumpa . Ya , aku tahu kita masih baru , kita masih belum serious . Tapi bagaimana mungkin aku akan jatuh cinta pada kau , yang belum pernah aku temui ? Jadi , aku rasa seeloknya kita teruskan berkawan seperti biasa . Kalau betul kau mahukan aku , simpan aku dalam hati kau untuk kau jadikan aku isteri . 

Fokus sekarang :
  • Aku mahu menjadi seorang Muslimah yang baik *Insyaallah . 
  • Aku mahu menjadi seorang anak yang patuh pada kedua ibu bapanya.
  • Aku NAK study betul-betul , kali ni aku taknak main-main .

#Nasihat dari salah seorang kawan di FB , iaitu , Hilal Asyraf , beliau telah banyak berceramah di Kuala Lumpur : Apa kata Najwa perbaiki diri Najwa, dan jadi seorang yang berprinsip, baiki diri dan baiki hubungan dengan Allah SWT.
Kemudian cakaplah dengan ibu bapa/abang/penjaga Najwa , agar carikan seorang yang baik buat Najwa . Cintailah manusia yang mencintai Allah Najwa . Hidup kita bukan di dunia sahaja . Di akhirat ada lagi kehidupan . Dan kehidupan di akhirat itu , semuanya bergantung dengan kehidupan kita di dunia bagaimana . So , carilah orang yang benar-benar boleh jadikan kehidupan Najwa di dunia ini sebagai saham untuk kehidupan Najwa di akhirat sana .

LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

1 comment:

Adrina said...

mohon izin nk share link entry ni dkat kawan :)