03 December 2012

Tears.


Ya, sememangnya orang yang keras hati macam aku susah nak menitiskan air mata. Tapi perempuan mana yang tak menangis kalau tengok lelaki yang dia sayang ada orang lain. Ya, memang sakit. Sangat sakit. Ya, macam-macam cara untuk benci dia, niat memang kuat untuk benci dia, tapi memang tak boleh. Apa yang aku boleh pastikan ialah, aku kena tinggalkan dia juga. Sebab apa? Sebab dah ada orang bahagia dengan kehadiran lelaki itu. Aku pun taknak hampakan hati perempuan tu. Aku pun taknak kacau hubungan diorang, even aku tahu dia orang ketiga dalam hubungan aku & achik ni. Tapi aku tahu antara perempuan tu dengan achik, achik yang mulakan, sebab aku kenal achik macam mana :)

Semua ni bermula pada 11 November 2012, sebelumnya kita okay je. Memang betul lah orang kata, dari mana boleh je datang kacau hubungan kita. Tapi rasanya satu je sebab, sebab kita takde jodoh, tu aje kan? :') Achik, aku tahu kau takkan baca. Sebab tu aku rasa selamat boleh kutuk kau. HARHARHAR *okay ni tak kelakar!*

9 November tu kau ada bagitahu aku, kau beli BB baru. Aku just kata okay. Mungkin kau balas dendam sebab aku pernah pakai BB sebelum ni, tapi rasanya takde smpai rosakkan hubungan sendiri. :)

10 November aku dah start mengaruk sebab tengok kau jual BBpin kau semua dekat perempuan. Lahai standard ah kan? ;)

11 November Kau dah update pasal Capital A dekat status BBM kau? Lahai, Aku sakit hati lah! Kau dah start ada awek dalam BBM kau? Achik, memang kau rasa aku ni tak wujud ke? :'/

Okay, kita hold relationship kita beberapa hari, aku diamkan jugak. Tup tup masa 14 November tu kawan aku nasihatkan kau, tapi kau rasa macam dia sound kau. Tapi lepastu aku yang kena maki dengan kau, nice gila game awak ni achik. :') Pagi tu juga, saya tengok FB, awak dah hide relationship. Em, I'm just said, "It's okay, and I'm okay." Padahal hati aku menangis gila!

Then 16 November aku keluar dengan kawan2 aku. Aku memang dah rasa aku single time tu, sebab kau biarkan aku, kau kata kau bagi aku masa, tapi aku tahu kau bercinta dengan Capital A kau tu :')

Then 21 November aku sengaja remove relation, aku ingatkan kau text/call aku tanya kenapa or apa-apa? Tup tup kau buat relationship dengan Anggun Citraa Angraini? I just felt whoa! Bagusnya awak! Awak game saya ke ni??

23 November baru aku beri kata putus. Tunggu kau memang tak. Memang betul ex awak kata, awak ni jenis takkan beri kata putus melainkan tunjuk perangai dah putus. Tapi, kau jangan fikir senang2 nak tinggalkan aku achik, kau kena ingat pasal "someone".

And till now, aku rasa aku memang harus MOVE ON! Takkan senang-senang tengok achik bahagia dengan Anggun. Sedangkan aku menangis sorang-sorang bawak hati ni? Em, tapi nak buat macam mana? Achik janji je dulu katanya dia takkan buat macam mana EX aku buat kat aku, tapi kau lagi teruk kot? Aku rasa kau kenakan aku ni lagi teruk! Seriously! :')




Takpe Najwa, Kuat eh sayang? Awak pun boleh bahagia tanpa dia, awak pun boleh teruskan senyuman awak tanpa dia. Dia tu sengaja je hitamkan masa depan awak, dia tu sengaja je buat awak sedih. Chill Najwa, awak ada masa depan! Najwa, awak kena kuat! :') Awak ada Allah, awak ada mak & abah, awak ada abang emi, awak ada abang eman! Awak ada abang ajik, awak ada abg ijat! Awak ada Adik Haziq Haze, awak ada Atie, awak ada syee, awak ada adah, awak ada iskandar dengan semua kawan-kawan awak, awak ada semua tu Najwa, jadi awak kena kuat eh? :')
LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

3 comments:

FAKHRUR RAZI said...

just chill . jodoh itu rahsia allah .

Najwaa Malikk said...

@FAKHRUR RAZI : ehm, ya, Inshaa Allah akan dipertemukan dengan jodoh yang baik :')

Mont Fahmy said...

eceh~ :D lagu apa ni ? nicee~