01 July 2011

Cinta Amerika #Episode 7 .

Malam itu kami buat tugasan dari guru dengan bersungguh-sungguh , Mrul banyak mengajar aku dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik . Dia juga sering berpesan kepada aku agar lebih fokus kepada matapelajaran itu . Kerana aku kurang gemar akan kedua-dua subjek itu . Sedang asyik belajar , Mrul memandang muka aku dengan serius ,

Dia : Cinta , saya nak cakap something , Cinta jangan terkejut eh ?
Aku : Err , ya ? Something ? Apa dia ?
Dia : Err , tak jadi nak cakap . Heheh . Eh sayang , kalaulah saya dah takda , awak sedih tak ?
Aku : Gila tak sedih ? Meraung agaknya . Hahaha .
Dia : Sebab apa ?
Aku : Tak pernah ada lelaki yang melayan saya sebegini . Tak pernah ada lelaki yang sayang saya , macam mana awak sayang saya . Tak pernah ada lelaki yang buat saya istimewa sebegini . Awak yang terbaik sayang . #(Sambil mengeratkan jemariku ke jemarinya)
Dia : Terima Kasih awak , sebab awak menghargai cinta saya . Terima Kasih terima saya seadanya . Awak , kalau saya tak ada , tolong cari lelaki yang lebih baik , okay ?
Aku : Heish , apa lah awak ni . Tolonglah jangan cakap macam tu , Jodoh , pertemuan , hidup dan mati , mana boleh dijangka sayang . #(sambil tersenyum.)

Keesokkan harinya kami pergi berjalan-jalan di tempat biasa kami menghabiskan waktu berdua . Tiba-tiba Mrul berjalan terhuyung-hayang , dia bagaikan mahu pengsan , dan tiba-tiba dia kekejangan otot . Aku menjerit-jerit meminta pertolongan . Tiada orang di situ , aku sudah buntu . Mrul menahan kesakitan dan mengetip-ngetip giginya , urat-urat di dahinya sudah kelihatan , aku semakin takut , aku bergegas mencari handphone Mrul di poket seluarnya , aku mencari nombor telefon ibunya dan aku terus memberitahu yang Mrul sedang kesakitan , 10 minit kemudian ibunya datang , kami bersama-sama mendorong Mrul ke kereta ibunya  , ibu Mrul meminta agar aku mengikut mereka juga , jadinya aku ikut dan semasa di kereta , aku tidak berputus asa menyuruh Mrul bersabar , Mrul sudah mengeluarkan air matanya sambil melihat ke wajah aku , aku tidak dapat berbuat apa-apa . Aku memeluk erat bidang dadanya , aku mengesat air matanya yang tak putus-putus mengalirkan setitik demi setitik . Setelah sampai di hospital , Mrul dimasukkan ke wad kecemasan .

Ibu Mrul ingin menghantar aku pulang ke rumah , aku berdegil , kerana ingin mengetahui tentang penyakit yang dihidapi Mrul , tetapi puan Zabedah , iaitu ibu Mrul menyuruh aku pulang juga , kerana sudah lewat . Aku tidak melawan , dan aku turuti kata ibunya . Ketika dirumah , macam-macam yang bermain difikiran aku . Aku tidak pasti penyakit apa yang dihidapi Mrul , Adakah hanya kekejangan ? Adakah dia menghidap penyakit yang  lebih teruk ? Malam itu sebelum tidur , aku menelefon nombor telefonnya berulang kali , tetapi tidak dapat ...

bersambung .....

Kisah sebelumnya ..


LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

6 comments:

paan said...

idea dah ada , tapi boleh diperbaiki lagi... cerita boleh dipanjangkan lagi....

tambah kosa kata....

Falcoa wa ! said...

matwa nak tahu cerita ini sampai abis !

Najwaa Malikk said...

paan : huhu , nak pnjangkan lagi ? adess -.-' ponat .

Najwaa Malikk said...

matwa : hahah , okay-okay , thanks <3

paan said...

xper , kembangkan lagi idea... nnt leh hantar kat mana2 syarikat untuk diterbitkan.... ada masa , tambah la slow2.... :)

Najwaa Malikk said...

paan : huhu , okay, okay . Terima kasih :D Slow-slow wawa panjangkan cerita ini okay :D