25 June 2011

Cinta Amerika .

Aku meluaskan pemandangan mata aku di kawasan sekolah . Seperti biasa , setiap hari Rabu , pasti akan ada aktiviti sukan yang dijalankan . Aku salah satu murid yang sangat malas menyertai sukan yang ditetapkan di dalam jadual sekolah . Selalunya aku akan merayau-rayau di persekitaran sekolah .

Sedang aku merayau , aku ternampak seorang lelaki . Nampaknya sangat kacak . Whoa , aku terpegun , dia pelajar baru kah ? Aku tak pernah nampak dia pun . Ya , dia pelajar baru yang datang dari Boston , Amerika . Bapanya seorang diplomat yang baru dapat berpindah semula ke Malaysia . Dengan raut wajahnya yang kacak , aku semakin tertarik untuk mengetahui tentang dirinya . Setiap hari aku mencuba untuk mendekatkan diri kepadanya .

Sangat sukar untuk aku mendekati dia , kerana dia sangat sombong . Aku pun faham , dia memandang rendah kepada gadis melayu , mungkin kerana di Amerika dia pernah punyai ramai wanita cantik dan seksi . Lupakanlah impianmu untuk mendapatkannya Najwa !

____________________________

Seperti biasa , kegiatan anak remaja yang baru mengenal erti remaja , aku setiap petang menghabiskan masa dengan melepak bersama kawan-kawan aku . Pada petang itu , aku tenampak dia . Alahai , kacaknya KAU ! Dia bersama rakan sekelasnya sedang bermain Skateboard . Aku hanya tersenyum , jantung aku semakin cepat berdegup !  Kawan-kawan mengejek aku , kerana mereka sudah tahu yang aku menyukainya . Ya Allah , segannya aku . Semasa mereka mengejek aku jugalah lelaki itu tahu yang aku menyukainya , kerana jarak antara kami tak lah jauh sangat . Lelaki itu memandang kami kerana dia mendengar namanya diseru-seru , dia memandang kami dan ketawa ....



bersambung .....

LIKE dan KOMEN adalah HAK ANDA
TERIMA KASIH DAUN KELADI

5 comments:

al_hakim said...

dasyat2..=P

Najwaa Malikk said...

al hakim : siot jew . hahah , thanks singgah :D

pon pon said...

haha , bersambung ? okay aq tgu episod seterusnya

Najwaa Malikk said...

pon pon : heheh , kasi saspen gitu :D

Sofia Baharuddin said...

hahaha..gne nme najwa uhhhh...okeyh gak cter nie,,menarik